Anis Nadirah ![]() Iskandar Ridzuan ![]() Noryati Jantan ![]()
| dosa meninggalkan solat lima waktu Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka jahanam selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. Masha Allah. keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur - dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. sedangkan membunuh seorang orang muslim pun kita akan di campakkan ke neraka, bayangkan kita akan membunuh 1000 orang muslim. betapa azabnya kita. begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat zuhur. Asar - dosa sama seperti meruntuhkan ka'abah. Masha Allah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat islam? renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? dan renungkan juga berapa kali sudah meruntuhkan kaa'bah. Maghrib - dosa sama seperti berzina dengan ibubapa kita sendiri. sanggupkah kita melakukan sedemikian pada ibubapa kita sendiri? Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka "Hai orang yang meninggalkan solat isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatKu, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT." |